• Nazirul Amin

Penulisan / Perancangan Perniagaan.

Sesuatu idea perniagaan adalah sebaiknya disokong dengan penulisan, agar ia tidak hilang dari minda dan terus menjadi angan-angan. Sedikit, demi sedikit, penulisan itu akan diperbaiki, dikemaskini sehinggan menjadi sebuah kertas kerja perniagaan.


Penulisan kami, bermula dengan menggunakan satu sistem peta minda yang dikenali sebagai "Business Model Canvas" (BMC).


Gambar di atas adalah pengisian asal BMC NZIS pada tahun 2016.


Kami mengambil masa selama empat (4) tahun untuk belajar selok belok perniagaan dan memahami beberapa isu, terutama berkaitan dengan pelaburan, media sosial dan perkembangan teknologi di Malaysia. Ini kerana, memulakan sesuatu perniagaan sangat berkait rapat dengan Masa. Jika kami memasuki pasaran pada masa yang salah, ianya akan membuatkan kami seperti hilang arah kerana terburu-buru.


Sekarang, di saat ekonomi jatuh adalah waktu yang paling sesuai untuk kami bermula, kerana pada ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan dan memilih untuk berniaga dari rumah. Dengan perkongsian pengalaman kami, kami berharap dapat membantu mereka untuk terus berniaga dan berkembang.


#BUSINESSMODEL #PLANNING



18 views

© 2023 by NZIS PLT. Proudly created with Wix.com