• Nazirul Amin

Idea perniagaan.

Updated: Aug 23

Idea / Ilham / Terfikir / Keinginan, semuanya membawa maksud yang sama dan berkemampuan mengubah perjalanan hidup anda, seperti mana ianya mengubah perjalanan hidup saya.


Sesebuah idea itu ada kalanya fokus kepada titik permulaan, dan ada kalanya fokus kepada titik pengakhiran.


Idea saya, adalah "mewujudkan satu perniagaan yang tidak akan memberhentikan sesiapa dan sentiasa berusaha untuk membantu setiap ahli syarikat untuk mengejar impian mereka. Sekaligus menghapuskan pengangguran."


Ini adalah sebuah idea yang berfokus kepasa titik akhir, dan idea seperti ini amat perlu diteliti bagaimana untuk menjayakannya. Inilah cabaran pertama.


Setelah sekian lama mencuba untuk merealisasikan idea ini, kami sedar bahawa cara terbaik adalah dengan membantu syarikat lain berdiri teguh terlebih dahulu serta terus melabur dalam pasaran saham.


Dengan membantu syarikat yang baru untuk berdiri teguh, secara langsung kami membolehkan seorang rakyat Malaysia mendapat pekerjaan yang mereka minati.


Dengan memiliki saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, kami dapat menimba ilmu industri, menjalin hubungan korporat dan memiliki kebolehan untuk mengubah polisi syarikat mereka agar tidak memecat pekerja dengan sewenang-wenangnya.


Ini idea, kami, dan titik perjalanan kami bermula di sini.






10 views

© 2023 by NZIS PLT. Proudly created with Wix.com