• Nazirul Amin

Business Model Canvas. Apa benda tu?

Tajuk blog ini adalah soalan yang biasa ditanya setiap kali kami melakukan aktivit ini kepada pemilik perniagaan yang kami jumpa. Persoalan ini juga memberi kami satu kebarangkalian yang di mana pemilik perniagaan tersebut, jarang menulis atau merekod rancangan perniagaan mereka. Sangkaan ini, mengikut pengalaman kami adalah tetap dalam nisbah 8/10 perniaga tidak menulis rancangan perniagaan sebelum bermula dan selalu menyimpan rancangan mereka di dalam minda dan hati mereka. Perkara ini seeloknya dihentikan jika pemilik perniagaan bercita-cita untuk memiliki perniagaan yang kukuh dan berjaya.


Business Model Canvas atau singakatannya BMC, merupakan satu bentuk latihan minda kepada setiap pemilik perniagaan. Kandungan BMC, dibahagikan kepada sembilan (9) elemen yang memainkan peranan penting dalam setiap bentuk perniagaan:



Imej Business Model Canvas

  • Segmen Pelanggan: Siapa pelanggan anda? Apa pendapat mereka tentang produk, perkhidmatan, jenama, harga, dan kebolehan syarikat anda.


  • Nilai tawaran: Apa yang menarik dengan tawaran anda? Mengapa segmen pelanggan anda teruja dengan tawaran anda?


  • Saluran: Bagaimana produk dan perkhidmatan anda dipertengahkan? Berapakah keberkesanan saluran yang anda pilih berhubung dengan segmen pelanggan anda? Jika ia tidak berfungsi seperti difikirkan, bagaimana anda memperbaikinya?


  • Hubungan dengan Pelanggan anda: Bagaimana anda berinteraksi dengan mereka? Bagaimana anda terus berhubung dengan mereka? Sebanyak mana anda mengetahui tentang mereka?


  • Aliran Pendapatan: Bagaimana perniagaan anda memperoleh pendapatan


  • Aktiviti Utama: Apakah aktiviti harian anda untuk menjayakan perniagaan anda?


  • Sumber Utama: Apakah jenis dan bentuk sumber yang diperlukan untuk perniagaan anda terus beroperasi?


  • Perkongsian Utama: Apakah hubungan/perkongsian yang anda perlukan/membantu anda terus fokus menguruskan perniagaan anda?


  • Struktur Kos: Apakah perkara/bahan penting yang perlu ditanggung oleh perniagaan anda? Bagaimana anda menguruskan kos-kos tersebut?


Menjawab elemen-elemen di atas bukanlah suatu jaminan bagi kejayaan perniagaan anda, tetapi ianya adalah suatu latihan visualasi yang amat membantu pemilik peniagaan seperti anda untuk melihat perjalanan perniagaan anda dengan lebih teliti.


"Gagal Merancang, Merancang Kegagalan."


""Sekiranya anda mengenal musuh dan mengenali diri sendiri, anda tidak perlu takut dengan hasil seratus pertempuran. Sekiranya anda mengenali diri sendiri tetapi bukan musuh, kerana setiap kemenangan yang diperoleh anda juga akan mengalami kekalahan. Sekiranya anda tidak mengenal musuh atau diri anda sendiri, anda akan tunduk dalam setiap pertempuran" - Sun Tzu, Seni Peperangan.

© 2023 by NZIS PLT. Proudly created with Wix.com