• Nazirul Amin

Memahami Segmen Pelanggan Perniagaan Anda.

Updated: Jul 5



Sebagai seorang usahawan, peniaga, dan pemilik perniagaan, sebaik mana anda mengenali pelanggan anda?


Adakah anda hanya terlalu fokus untuk menjual produk atau solusi anda dan memikirkan kutipan jualan dan keuntungan?


Pernahkah anda melihat atau merasa pengalayman ke kedai kopi bersama ayah atau salon rambut bersama ibu anda, di mana sebaik sahaja masuk ke premis tersebut, nama ayah atau ibu dipanggil oleh pemilik dan pekerja kedai tersebut. Ayah tidak perlu membuat pesanan minuman, terus sampai, atau hanya perlu meminta "macam biasa tauke.". Mampukah anda menjadi seorang perniaga hebat seperti orang lama berniaga?


Kebanyakan ahli perniagaan sekarang sudah lupa akan pentingnya mengenali pelanggan. Sebenarnya tidak kira sesiapa pun atau berapa banyak yang dibelanjakan, anda seharusnya mengenali nama mereka.


Hanya dengan mengenali nama pelanggan, ianya membantu anda untuk mengenalpasti;

  1. Jantina;

  2. Bangsa

Jika anda berbual lebih sedikit dengan mereka, contohnya bertanyakan "tinggal di mana / asal dari mana?" anda akan mendapat informasi ke-tiga


3. Lokasi


Kesemua informasi kecil dan remeh ini sangat penting bagi perkembangan perniagaan anda. Pernah tak anda berfikir, anda hanya perlu berbual dengan mereka tetapi syarikat besar kene menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan data tersebut?


Apa yang boleh atau perlu dibuat dengan data-data ni? Ianya membantu anda untuk membuat marketing yang lebih berkesan dan operasi perniagaan yang lebih optimum.


Contohnya, jika kebanyakan pelanggan anda adalah wanita, dan tinggal di kawasan rumah kos rendah, harga jualan anda haruslah menepati kemampuan mereka, berbanding yang tinggal di kawasan mewah, yang mempunyai cita rasa yang tinggi dan mampu membeli dengan harga yang mahal.


Dari segi bangsa, ianya membantu anda untuk menentukan warna, jenis hidangan dan kombinasi/package yang baik.


Oleh itu saya sangat mencadangkan anda untuk mengenali segmen pelanggan anda dan mencatatnya di dalam buku nota anda, terutama sekali jika perniagaan anda dalam industri makanan.


Lebih banyak anda mengetahui informasi pelanggan anda, lebih mudah untuk anda membuat aktiviti permasaran terutama dengan syarikat besar. Saya bagi contoh;


1. Jika kebanyakan pelanggan anda merupakan pengguna UMobile, anda boleh membuat sebuah kertas kerja dan berkerjasama dengan UMobile untuk membuat promosi pembelian produk anda melalui UMobile Rewards.


2. Jika kebanyakan pelanggan anda adalah pelajar di sebuah sekolah, anda boleh berkerjasama dengan sebuah sekolah tersebut untuk menambahbaik produk anda dan membuat survey akan kemampuan pembelian pelajar disekolah tersebut. Contoh; Sekolah Vokasional ERT, anda boleh bekerjasama dengan sekolah untuk menyediakan peluang pekerjaan lepas sekolah atau semasa cuti sekolah sambil mereka memperbaiki resipi anda untuk lebih baik. Ini juga yang dilakukan oleh syarikat besar industri makanan seperti Nestle.


3. Anda mengenalpasti bahawa, kebanyakan pelanggan anda lebih suka ke Gym, atau bersenam, jadi anda boleh mengeluarkan produk yang sesuai dengan aktiviti mereka.


Di atas, merupakan contoh bagaimana maklumat segmen pelanggan boleh digunakan. Ianya tidak termaktub kepada syarikat besar sahaja, sekecil manapun perniagaan anda, anda perlu ingat, jika anda mampu menjaga hati seorang pelanggan sebagaimana anda menjaga isteri anda, pasti perniagaan itu akan kekal.


Jika ingin memahami lebih lanjut, boleh hubungi saya terus, di twitter @nziscorp

© 2023 by NZIS PLT. Proudly created with Wix.com