• Nazirul Amin

Apa itu "Wang"?

#bilingual #Money #Wang #myjourney #finance



Dua tahun yang lepas, 2018. Beberapa perkara terjadi dalam kehidupan. Di sambil mencari rezeki, berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam, dan melihat keadaan sekeliling, terdetik di hati; "Apa itu wang? kenapa terkejar-kejar mencarinya? Dah dapat, cepat pulak habis. Kenapa terlalu bergantung kepada wang? Mengapa hal mengenai wang terlalu dipersoalkan oleh sekeliling?". Selepas beberapa hari, persoalan ini berlarutan di minda, tanpa jawapan, maka bermulalah perjalanan mencari jawapan.


The first thing, I did to find the answer in my head, is, of course Google the question. The search result show:


Dalam Google pun, terdapat 21.36 Billion article tentang wang. Tapi mujur Google dah mudahkan untuk faham apa itu wang secara ringkas. Menurut Wikipedia, wang merupakan satu alat/bahan yang boleh disah dan direkodkan sebagai bayaran untuk barangan, perkhidmatan, dan penyelesaian hutang.


Hutang? Kenapa article dalam Wikipedia merujuk kepada hutang? Bukankah orang berhutang sebab duit?


Dalam Google pun, terdapat 21.36 Billion article tentang wang. Tapi mujur Google dah mudahkan untuk faham apa itu wang secara ringkas. Menurut Wikipedia, wang merupakan satu alat/bahan yang boleh disah dan direkodkan sebagai bayaran untuk barangan, perkhidmatan, dan penyelesaian hutang.


Hutang? Kenapa article dalam Wikipedia merujuk kepada hutang? Bukankah orang berhutang sebab duit? Jadi, sistem wang diwujudkan untuk membolehkan manusia berhutang, dan keuntungan boleh dibuat berdasarkan bayaran balik. Perkara yang akhirnya menjadi norma kehidupan manusia, sehingga ianya tidak menjadi salah. Mahu beli kereta? Hutang. Mahu beli rumah? Hutang. Mahu sambung belajar? Hutang. Mahu Berkahwin? Hutang. Hebat betul orang yang mencipta wang ni.


Bila wang dicipta? Teringat dulu masa belajar sejarah tamadun dunia dengan Pn. Sazlina Othman, tamadun Babylon, antara 4 tamadun asal dunia, yang mula mengetengahkan konsep wang bagi menggantikan sistem barter yang pada ketika itu tidak terkawal. Bayangkan semua nak tukar seekor lembu untuk 1 lori kayu bahan api. Contoh.


Semenjak sistem wang diwujudkan, tamadun babylon berkembang sehinggalah terdapat dua golongan yang berbeza dan diukur berdasarkan jumlah syiling emas, perak dan gangsa yang mereka miliki; Bangsawan dan Hamba. Sehingga kini, golongan ini masih wujud. Jadi sampai bila mereka yang menerima wang (hamba) perlu terus di bawah mereka yang memberi wang (bangsawan)?


Sejarah juga menceritakan, berlaku banyak pembunuhan, khianat, kezaliman, dan penipuan terjadi hanya sekadar untuk memiliki seuncang wang. Tetapi wang yang dikumpul dalam bekas-bekas kotak kayu, susah nak dibawa, termasuklah oleh para pedagang. Hal ini berlaruan sehingga, seorang lagi individu mewujudkan konsep bank secara komersial pada zaman Renaissance, di Italy. Ianya menjadi suatu kejayaan dimana kewangan para bangsawan terutama dari kalangan pedagang dilindungi, menyukarkan rompakan semasa berdagang. Malah para pedagang hanya perlu membawa kepingan kertas dan cap mohor untuk mengesahkan nilai dalam kertas tersebut.


Jadi di sini, jelas bank dan wang saling berkait rapat. Malah institusi BANK itu sendiri diwujudkan berdasarkan konsep simpanan, perlindungan dan akhir sekali hutang. Dengan begitu mudah ramai yang terpedaya dengan perangkap Bank untuk memastikan wang yang diedarkan kepada semua manusia dikawal oleh mereka, dan mereka sudah tentu lebih sanggup membantu golongan bangsawan dari hamba.


Selepas beberapa hari membaca pasal wang, rumusan di atas menyedarkan bahawa, jika saya mahu wang yang di dalam tangan bahkan di dalam BANK itu berkembang, saya perlu belajar tentang cara bank beroperasi. Saya harus, belajar menggunakan bank dan wang, bukan lagi dipergunakan oleh bank dan wang.


© 2023 by NZIS PLT. Proudly created with Wix.com